fbpx

JKNJ tunggu laporan kimia sampel ayam goreng punca pelajar, guru keracunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang menunggu laporan kimia daripada sampel ayam goreng yang menjadi punca keracunan makanan di sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Khamis lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, keputusan laporan itu dijangka diperolehi dalam masa dua atau tiga hari lagi.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 27 Jun lalu apabila seramai 90 pelajar dan sembilan tenaga pengajar mengalami keracunan makanan setelah makan ayam goreng di kantin sekolah itu.

“Pihak Jabatan Kesihatan Batu Pahat telah mengambil langkah susulan dengan memeriksa premis tersebut dan mengambil sampel makanan,” katanya pada sidang akhbar selepas Kempen Saringan Diabetes oleh Hospital Pakar Regency di Pusat Beli Belah Mid Valley Southkey, di sini hari ini.

Tian Soon berkata, daripada 99 individu yang terkesan keracunan makanan itu, hanya 11 org sahaja menerima rawatan pesakit luar di klinik kesihatan atau klinik swasta kerana sakit perut.

Katanya, kantin sekolah tersebut telah diarahkan tutup sejak Jumaat lalu sehingga 11 Julai bagi memberi laluan siasatan dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI