fbpx

Hujan, ribut petir di Kedah, Perak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan dan ribut petir melanda sebahagian kawasan di pantai barat Semenanjung pada pagi ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan dan ribut petir juga melanda beberapa kawasan di pesisir pantai di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan serta sebahagian kawasan di Sarawak dan Sabah.

“Hujan dan ribut petir melanda beberapa tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Manakala beberapa tempat di Sarawak serta beberapa kawasan di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau di Sabah juga bakal dilanda hujan,” Katanya lagi.

Sementara itu di sebelah petang pula, hujan beserta ribut petir dijangka melanda sebahagian tempat di pantai timur Semenanjung yang melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan sebahagian kawasan di pantai barat Semenanjung.

Selain itu, sebahagian tempat di Sarawak dan Sabah juga dijangka mengalami ribut petir menjelang petang nanti.

“Ribut petir dijangka bakal melanda kebanyakan tempat di kawasan pedalaman Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak serta beberapa tempat di Selangor dan Negeri Sembilan.

“Manakala ribut petir juga dijangka melanda beberapa tempat di Sarawak serta sebahagian kawasan di Pedalaman dan Pantai Barat Sabah menjelang petang nanti,” katanya dalam satu kenyataan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI