fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 10 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan dan ribut petir dijangka melanda sebahagian kawasan di Semenanjung berlanjutan sehingga awal malam ini, demikian menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan dan ribut petir tertumpu kepada sebahagian tempat di Semenanjung melibatkan Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur dan pedalaman Negeri Sembilan serta beberapa tempat di Sarawak dan Sabah.

“Hujan dan ribut petir juga dijangka melanda beberapa tempat yang tertumpu di kawasan pedalaman yang melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan dan dijangka berakhir menjelang awal malam ini.

“Hujan beserta ribut petir juga dijangka tertumpu kepada beberapa tempat di Sabah yang melibatkan Tawau dan Sandakan serta Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, dan Miri di Sarawak dan dijangka berlanjutan sehingga lewat malam ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI