fbpx

F1: Impian Mercedes tidak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN mengesahkan bahawa dia akan kekal bersama Red Bull musim depan ketika namanya dikaitkan berhijrah ke Mercedes. - AFP

MILTON KEYNES – Pelumba Red Bull, Max Verstappen memberi tamparan hebat kepada Mercedes apabila menegaskan bahawa dia tidak akan menyertai pasukan itu musim depan sebaliknya juara dunia tiga kali itu kekal memberikan komitmen bersama pasukannya.

Terdahulu, masa depan pemandu berusia 26 tahun itu telah menjadi spekulasi hangat setelah ketua pasukan, Christian Horner, terlibat dalam skandal dengan seorang pekerja wanita sebelum didapati tidak bersalah hasil siasatan dalam pasukan itu.

Ekoran kejadian itu menyebabkan berlaku konflik antara Verstappen dan Red Bull sehingga dia dikaitkan dengan perpindahan keluar apabila wujudnya rundingan bersama Ketua Pasukan Mercedes, Toto Wolff biarpun kontraknya masih panjang sehingga 2028.

Bagaimanapun, pada awal minggu ini Verstappen seakan membuat keputusan apabila mengesahkan untuk kekal bersama Red Bull untuk musim depan serta bersemangat untuk memburu lebih banyak kejayaan.

Sementara itu, Wolff tetap optimis Mercedes mampu memberikan tawaran yang sukar ditolak Verstappen, malah pemegang saham Mercedes-Benz, Ola Kallenius percaya enjin baharu jentera mereka yang bakal diperkenalkan pada 2026 mampu memikat pemandu Belanda itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI