fbpx

Euro 2024: Switzerland benam juara bertahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN tengah Switzerland, Remo Freuler menjaringkan gol pembukaan ketika pasukan itu menewaskan Itali 2-0 di Olympiastadion, Berlin. -AFP

BERLIN – Switzerland memastikan tiket ke peringkat suku akhir Kejohanan Euro 2024 menjadi milik mereka selepas melakukan kejutan menewaskan juara bertahan, Itali dengan keputusan 2-0 di Olympiastadion, sebentar tadi.

Impian Itali untuk mempertahankan kemenangan mereka di perlawanan berprestij itu gagal terlaksana selepas ketumpulan jentera serangan dan kerap kehilangan bola menjadi punca utama mereka tumbang di peringkat 16 terbaik tersebut.

Switzerland tampil dengan aksi cukup agresif dengan melakukan asakan bertali arus ke ke kubu Itali hingga membuatkan skuad The Azzurri, Luciano Spalletti terus tertekan.

Usaha berterusan Switzerland membuahkan hasil apabila pemain tengah, Remo Freuler menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-37 selepas tangkas menyudahkan hantar cantik Ruben Vargas dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma.

Biarpun Itali cuba bangkit mencari gol penyamaan namun segala usaha juara Euro 2020 itu berjaya dihalang kemas pemain Switzerland pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua perlawanan, Switzerland terus menambah derita Itali apabila hanya memerlukan kurang 30 saat untuk meledak gol kedua mereka menerusi jaringan cantik Vargas sekali gus terus selesa menguasai separuh masa kedua tersebut.

Switzerland meraikan kejayaan selepas mar ke suku akhir Euro 2024 sejurus mengatasi Itali 2-0 di Olympiastadion. -AFP

Itali yang tertekan terus melakukan asakan ke pintu gol Switzerland dan mereka hampir menjaringkan golpada minit ke-75 namun  sayang percubaan penyerang sensasinya, Gianluca Scamacca hanya menerjah tiang kiri gol.

Switzerland yang disebut-sebut antara pasukan yang boleh mencipta kejutan mara ke suku akhir berdasarkan prestasi yang cukup memberangsangkan dipamerkan sepanjang saingan Kumpulan A, tidak membuka ruang kepada Itali untuk membawa pulang sebarang gol satu hati.

Keputusan 2-0 kekal sehingga ke wisel penamat dan kemenangan Switzerland memastikan mereka mengulangi pencapaian edisi 2020 apabila mara ke pentas suku akhir yang mana mereka tewas 1-3 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Sepanyol selepas terikat 1-1 dalam tempoh 120 minit. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI