fbpx

Euro 2024: Sepanyol enggan dabik dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEPANYOL enggan prestasi terbaik mereka meraih kemenangan bersih di peringkat kumpulan ‘dirosakkan’ Georgia pada aksi tengah malam ini. - FB SEFUTBOL

COLOGNE – Sepanyol akui perlu membuat persediaan rapi bagi mengelak menjadi mangsa kejutan kedua Georgia ketika kedua-duanya akan membuat perhitungan di pusingan pasukan 16 terbaik Euro 2024, di RheinEnergieStadion, tengah malam ini.

Pengendali La Roja, Luis De La Fuente tidak akan memandang rendah keupayaan dan tetap menghormati Georgia yang sebelum ini berjaya melakar kejutan ke atas Portugal menerusi kemenangan 2-0 pada aksi terakhir peringkat kumpulan.

De La Fuente hanya mahukan yang terbaik dipamerkan anak-anak buahnya kerana Georgia sudah membuktikan mereka adalah pasukan yang begitu kompetitif dan mampu memberikan aksi luar biasa.

“Kami perlu berada pada tahap terbaik dan kekal dengan kemahuan sendiri bagi memastikan tempat ke suku akhir. Namun, kami juga tetap perlu menghormati mereka.

“Mereka harungi kejohanan ini dengan baik apabila mengalahkan Portugal dan berdasarkan pengalaman, kami dapat lihat mereka semakin baik. Mereka mengubah sistem, namun ideanya masih sama iaitu pemain melakukan transisi pantas,” katanya.

Sepanjang tiga aksi Kumpulan B sebelum ini, skuad La Roja sedang berada pada tahap terbaik, meraih mata maksimum, menjaringkan lima gol dan kekal tanpa bolos.

De La Fuente turut menjelaskan pemainnya juga sedar untuk mara lebih jauh, mereka harus mempamerkan peningkatan secara berterusan.

De La Fuente juga mahu setiap bakat yang ada pada skuad La Roja kali ini juga berpendirian sama untuk mengelak dipalit aib sekaligus mampu menempatkan pasukan dalam golongan elit lain di kejohanan utama.

Pemain seperti Pedri, Rodri, Lamine Yamal dan beberapa lai bintang berpengalaman pastinya ditagih untuk mengekalkan rekod baik untuk mengulangi kejayaan yang kali terakhir dilakukannya pada edisi 2012. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI