fbpx

Enam Ahli Parlimen sokong PMX telah hantar surat kepada Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Abu Hussin Hafiz bercakap pada sidang akhbar di Bukit Gantang hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

TAIPING – Keenam -enam Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar surat penjelasan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkenaan tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap mereka pada 27 Jun yang lalu.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, surat itu dihantar bagi memudahkan Speaker dalam membuat pertimbangan keputusan ke atas kemelut yang berlaku.

“Kami telah memberi surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan menyatakan bahawa Bersatu telah mengeluarkan nama kami daripada senarai keahlian parti tersebut.

“Ini bermakna kami telah dipecat dan kini menjadi anggota bebas di dalam Dewan Rakyat,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Bukit Gantang dekat sini hari ini.

Menurut Syed Abu Hussin Hafiz, tindakan yang diambil oleh Bersatu tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Merujuk kepada Perkara 49A(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa kerusi seseorang ahli Dewan Rakyat akan menjadi kosong sekiranya dia (ahli politik) yang telah dipilih melepaskan keanggotaan partinya atau tidak lagi menjadi anggota parti politik tersebut atau setelah dipilih ke Dewan Rakyat bukan sebagai satu parti politik dan menyertai satu parti politik yang lain sebagai ahli.

“Dalam Perlembagaan Persekutuan telah secara khusus merujuk kepada ketiga-tiga syarat yang telah dikatakan tadi dan ia tidak boleh dilakukan oleh mana-mana pihak ketiga,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI