fbpx

Dasar mesra pelabur pemangkin industri tenaga hijau di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Suffry bergambar selepas menandatangani perjanjian MOU bersama Chen Pengyu (kanan) sambil disaksikan bekas ADUN Senallang, Datuk Seri Nassir Sakaran selaku jemputan khas pada majlis di Kota Kinabalu kelmarin.

KOTA KINABALU – Langkah kerajaan Sabah melaksana dasar mesra pelabur ke negeri ini menyaksikan perkembangan positif apabila berjaya menarik perhatian China yang merupakan antara negara ekonomi terbesar di dunia,

Mengulas mengenai keistimewaan negeri ini, pengerusi salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) China, Chen Pengyu berkata, dasar berkenaan dilihat tepat pada masanya dalam memberikan impak kepada pembangunan rantau Asia.

Jelas beliau, selain itu, dasar tersebut turut menarik minat lebih ramai pelabur dari negara mereka untuk menceburi pelbagai industri di Sabah, terutamanya berkaitan industri tenaga baharu dan hijau.

“Syarikat-syarikat dari China akan lebih banyak berminat untuk datang melabur ke Sabah demi membantu negeri ini ke arah usaha keupayaan negeri menggunakan tenaga hijau.

“Pada masa hadapan, saya juga berharap lebih banyak syarikat dari China dan syarikat dari seluruh dunia datang melabur ke Sabah untuk berkembang. Sabah adalah negeri yang berbaloi untuk melabur,” katanya kepada media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) di antara pihaknya, Shanghai Vision Industrial Development dan Bumi Borneo Consultant and Training di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu di sini kelmarin.

MOU berkenaan merupakan salah satu daripada agenda ‘bussiness matching’ yang dapat disaksikan dalam Pameran dan Persidangan Minyak, Gas dan Tenaga Sabah (SOGCE) Ke-11, 2024 yang berlangsung selama dua hari di Sabah, sejak Jumaat lalu.

Sementara itu, bagi pemain industri tempatan, Mohd. Suffry Abdul Rahman yang merupakan Pengarah Urusan Bumi Borneo Consultant and Training, peluang berkerjasama dengan syarikat luar negara dalam industri hijau di negeri ini merupakan wadah tepat bagi memenuhi aspirasi kerajaan negeri terhadap pemangkin kepada industri tenaga hijau di Sabah.

“Setelah kerajaan negeri Sabah melalui Suruhanjaya Tenaga Sabah, ECOS mengambil alih kuasa 3 Januari lalu kita sangat-sangat positif.

“Kita lihat memang ada berlaku perubahan dari segi perolehan tenaga dan walaupun baru 5, 6 bulan kita sudah dapat melihatnya, pada bulan Mei yang lepas pun tender terbuka untuk solar telah diapungkan untuk penyertaan semua pemain-pemain industri dalam solar ini, “katanya.

Terdahulu, majlis berkenaan turut menyaksikan pemeteraian MOU Shanghai Vision Industrial Development dan Bumi Borneo Consultant and Training dalam menjalinkan kerjasama di antara kedua-dua pihak bagi pembangunan tenaga hijau di negeri Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI