fbpx

CBP umum kadar dividen 6.50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada lembaga pengarah dan pengurusan kanan CBP hadir pada MAPT di Kuala Lumpur hari ini.

PETALING JAYA – Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) mengumumkan kadar dividen bagi syer biasa sebanyak 6.50 peratus dan syer keutamaan (iRCPS) sebanyak 6.78 peratus bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, pengumuman kadar dividen bersih bagi tahun lalu melibatkan agihan peruntukan sebanyak RM63.97 juta yang akan memberi manfaat kepada 93,798 anggota CBP dan pemegang syer yang layak.

“Dengan prestasi yang cemerlang ini, kami kini berada pada landasan yang tepat seperti
Pelan Perancangan Strategik Lima  Tahun 2022–26 dan CBP dalam perancangan untuk
menerbitkan sukuk bagi menyokong pertumbuhan dan pengembangan perniagaan
yang pesat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Pembayaran dividen telah dilakukan sebaik sahaja tamatnya Mesyuarat Agung
Perwakilan Tahunan (MAPT) yang diadakan hari ini dan para anggota boleh membuat semakan akaun simpanan melalui aplikasi HELOCBP.

Selain itu, Khairil Anuar menerangkan, bersandarkan kepada permintaan tinggi yang diterima, langganan syer CBP bagi penambahan atau permohonan baharu kini dibuka semula kepada semua yang layak (maksimum RM5 juta bagi individu dan 20 peratus daripada jumlah syer CBP bagi koperasi) bermula 1 Julai 2024 sehingga 31 Disember 2024.

“Kami juga kini dalam perancangan untuk membuka semula bagi langganan Syer Keutamaan (iRCPS) seperti sebelum ini sebahagian daripada pelan pengurusan modal CBP,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI