fbpx

‘Belum fikir pengganti, tutup aurat sebab jaga bekas suami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORA tutup aurat kerana senang beribadah sepanjang menjaga bekas suami, Nedim di hospital.

PETALING JAYA – Tampil dengan imej bertudung, pelakon Nora Danish menegaskan pakaian menutup aurat yang dikenakan adalah untuk memudahkannya mengerjakan ibadah.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 42, tampil menyuarakan perkara tersebut selepas ramai yang tertanya-tanya mengenai imej terkininya sepanjang menjaga bekas suami, Nedim di hospital.

“Saya sebenarnya mahu berkongsi tentang penampilan saya kerana ramai yang mencetuskan tanda tanya.

Seperti semua sedia maklum, Nedim sekarang di hospital dan saya menjaganya. Jadi, saya pakai pakaian yang senang untuk terus mengerjakan solat.

“Dalam masa sama, saya juga mengaji. Jadi, senang untuk memakai pakaian menutup aurat,” katanya dalam TikTok.

Selain itu, pelakon filem Sayu Yang Syukur itu sempat memberitahu tentang keadaan bekas suaminya selain enggan berkongsi lanjut berkaitan penyakit yang dihadapi Nedim.

Nedim sekarang berada dalam tempoh penyembuhan. Saya tidak boleh kongsikan maklumat tentang penyakitnya.

“Itu adalah hal peribadi bagi pihak keluarga bekas suami,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Nora turut menafikan dirinya mengimpikan suami yang mampu mendorongnya taati perintah Tuhan selepas berkongsi sebuah video dalam Instagram yang memuatkan sebuah kisah seorang lelaki yang mahu isterinya taat pe­rintah Tuhan dengan mendirikan solat.

Saya baru sahaja bercerai dan masih dalam iddah. Saya pun tidak mencari suami dalam masa terdekat.

“Perceraian saya pun bukan sebab mahu mengahwini orang lain. Saya tidak mahu orang berfikiran tentang itu (mahu cari suami soleh),” jelasnya.

Semalam, Nora memuat naik foto memakai hijab dalam sebuah hantaran Instagram dan turut mengulang siar tulisan secara rawak tentang keseederhanaan atau modesty dalam berpakaian.

Baru-baru ini juga, Nora turut memuat naik video yang mengetengahkan mesej seorang suami harus membimbing isteri ke jalan Allah.

Terdahulu, Nora dan bekas suaminya Nedim Nazri bercerai pada 19 Jun lalu susulan pendedahan aktres tersebut berkenaan rumah tangga yang dibina sejak 2017 sedang bergolak.

Namun, aktres itu memaklumkan bahawa dia sedang berusaha sedaya upaya untuk menangani situasi yang berlaku dengan sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Moha­med Neqayl yang kini berusia enam tahun.

Sebelum Nedim, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.– KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI