fbpx

Anwar ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dikongsi Anwar di laman Facebooknya.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-82 Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

“Merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-82, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

“Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Tuanku Sultan dan Sultanah serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Beliau juga mendoakan semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat Kedah Darul Aman dengan adil dan saksama. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI