fbpx

[VIDEO] Pencuri baju, selipar di Banting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV aksi suspek tersebut.

KLANG – Seorang lelaki diburu selepas tular memecah masuk sebuah rumah sebelum mencuri baju dan selipar di Banting, di sini baru-baru ini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 4.10 pagi, Rabu lalu dengan suspek berkenaan memakai baju berwarna biru dan berseluar kelabu.

Insiden curi tersebut tular menerusi video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 47 saat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 31 tahun kira-kira pukul 1.16 tengah hari semalam memaklumkan selipar dan pakaian milik adiknya telah tiada di ampaian baju yang diletakkan di hadapan rumah.

“Hasil rakaman CCTV mendapati seorang suspek lelaki telah memanjat pagar rumah mangsa sebelum berlegar-legar di dalam kawasan rumah. Anggaran kerugian akibat kes tersebut adalah kira-kira RM200,” katanya hari ini.

Beliau menambah, pengadu telah membuat hantaran rakaman CCTV di laman media sosial dengan tujuan agar penduduk di kawasan perumahan tersebut lebih berwaspada.

Ekoran itu, Ahmad Ridhwan menjelaskan pihaknya telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI