fbpx

UFO terang seperti matahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OBJEK misteri dipercayai UFO yang terang dirakmkan di Sungai Winnipeng. - Foto Tangkap Layar/Kennedy News and Media

OTTAWA, Kanada –  Sepasang suami isteri terkejut  apabila melihat dua objek terbang tidak dikenali (UFO) bercahaya dan terang seperti matahari di atas sebatang sungai di Kanada, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Justin Stevenson dan isterinya, Danielle Daniels-Stevenson memandu sebuah kenderaan melalui Fort Alexander pada 14 Mei lalu apabila mereka melihat cahaya terang di  langit Sungai Winnipeg.

Justin menghentikan kenderaannya di sebuah kawasan lapang, manakala Danielle merakam dua bebola cahaya itu terapung di ruang udara tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

Justin berkata: “Isteri saya melihat cahaya terang. Kami keliru dengan cahaya ini. Jadi, kami memandu ke kawasan lapang di mana kami boleh melihatnya  dengan lebih jelas.

‘Terdapat dua cahaya sangat terang di langit  menyerupai  matahari yang bersinar. Bagaimanapun,  matahari telah terbenam pada masa itu. Ia sangat terang seperti api di langit.

Dia berkata, UFO itu berada untuk suatu tempoh agak lama sebelum bergerak dan kemudian, dua lagi objek serupa muncul entah dari mana.

‘Terdapat enam UFO kesemuanya dan tidak mengeluarkan sebarang bunyi pun,” katanya.

Pelbagai komen daripada netizen dibuat selepas isterinya memuat naik rakaman penemuan objek terbang itu.

Antara mereka ada yang mengagumi tindakan Danielle merakamkan video itu, manakala yang lain mendakwa bahawa objek tersebut mungkin helikopter . – AGENSI  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI