PETALING JAYA – Netizen dari Indonesia mendakwa Malaysia membayar pihak penerbitan Hollywood untuk tidak memilih negara jiran itu bagi penggambaran filem baharu, Thunderboltz.
Laman Asean Skyline bagaimanapun menjelaskan, Hollywood tidak memilih Jakarta sebagai salah satu lokasi penggambaran filem baharu dari syarikat produksi Marvel itu kerana kesesakan trafik di sana yang sangat teruk.
“Penerbit dari Hollywood, Marvel telah memilih Menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur, Malaysia sebagai lokasi penggambaran filem baharu, Thunderboltz.
“Tapi netizen Indonesia ada spekulasi mengatakan bahawa Malaysia telah membayar Hollywood untuk tidak membuat penggambaran filem tersebut di sana.
“Namun mengikut laporan, Hollywood tidak memilih Indonesia atau Jakarta kerana kesesakan trafik di sana yang sangat teruk,” jelas hantaran tersebut hari ni.
Terdahulu, Thunderbolts, filem berkisar mengenai superhero itu yang bakal ditayangkan pada Mei 2025 telah memilih Medan Pasar dan Menara kedua tertinggi di dunia Merdeka 118 sebagai lokasi penggambaran mereka.
Babak yang dilakukan di Kuala Lumpur termasuk melibatkan pelakon yang disenaraikan sebagai pemenang Anugerah Oscar, Florence Pugh yang membawa watak sebagai Yelena Belova adik beradik kepada watak Balack Widow lakonan Scarlett Johansson. – KOSMO! ONLINE