fbpx

Rumah urut tawar ‘anak ayam’ kepada pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota DBKL ketika serbuan dijalankan di empat premis sekitar ibu negara. Foto oleh DBKL

KUALA LUMPUR – Empat rumah urut sekitar Kepong di sini, diserbu Jabatan Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam, selepas dikesan menjalankan aktiviti persundalan.

Menurut DBKL, aktiviti terbabit dikesan setelah menjalankan lima hari siasatan dan risikan di sekitar kawasan berkenaan.

“Sebanyak empat notis di bawah Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan perindustrian (WPKL) 2016 dikeluarkan atas kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen sah.

“Selain itu, sebanyak 57 struktur sekatan yang dibina tanpa kelulusan ke atas empat buah premis tersebut telah dirobohkan di bawah kesalahan Seksyen 79(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Keempat-empat premis tersebut juga telah dikenakan tindakan tutup serta merta dan barangan perniagaan telah disita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kesemua barangan yang disita telah dibawa dan disimpan di Setor Jalan Lombong, Cheras, di sini.

“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.

“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat laman sesawang Adu@KL di pautan http://adukl.dbkl.gov.my,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI