JAKARTA – Perbuatan seorang penghantar barang (rider) yang mengamuk dan menggunakan kekerasan kerana gagal menemui rumah pelanggan mengundang perhatian ramai, lapor akhbar Bacakoran kelmarin.
Kejadian berlaku di Kota Depok, wilayah Jawa Barat pada 21 Jun lalu.
Menurut mangsa bernama Dewi Purwanti, rider tersebut dikatakan sukar mencari lokasi rumahnya menggunakan alamat yang diberikan.
Disebabkan berang, individu itu mengamuk lalu menendang motosikal miliknya.
Lebih mengejutkan apabila tindakan agresif itu mengakibatkan tingkap rumahnya pecah dan retak.
Menerusi satu klip video, serpihan kaca dilihat bertaburan di atas lantai sehingga jarak 100 meter dari jendela yang dipecahkan.
Demi keselamatan diri dan keluarga, Dewi bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Cimanggis.
Polis sedang menjalankan siasatan ke atas rider tersebut. – AGENSI