fbpx

Red Giants cari bekalan selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDEZ (tengah) menjadi sandaran Selangor untuk merobek gawang Kuching City seperti dua gol menentang Perak baru-baru ini.

KOMITMEN pemain sekali lagi menjadi sandaran Selangor FC untuk mencari bekalan selesa menjelang aksi suku akhir pertama Piala FA bertemu Kuching City di Stadium Negeri, Sarawak malam ini.

Bagaimanapun, pengendali Red Giants, Nidzam Jamil menjelaskan, beliau begitu gembira dengan kerjasama seluruh pasukan dan ia terbukti dalam beberapa perlawanan lepas.

“Agak susah kita bercakap untuk bertahan dan kekal tanpa bolos dalam setiap perlawanan. Hari-hari seperti ini (ketika bolos kepada Perak FC) pasti akan berlaku.

“Bagaimanapun saya suka mengenai komitmen pemain. Semua orang ada peluang dan inilah situasi yang agak baik dalam pasukan Selangor FC,” katanya.

Selangor ketika ini berada pada momentum terbaik susulan kemenangan 2-1 ke atas Perak dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya menerusi dua gol daripada Ronnie Fernandez.

Sementara itu, pertahanan Kuching City FC, Filemon Anyie Standly menjelaskan pasukannya sudah bersedia untuk mencipta satu lagi kejutan selepas terdahulu mereka menyingkirkan Kuala Lumpur City FC di peringkat 16 terbaik.

Filemon bertegas Kuching City sedang giat melakukan persiapan rapi untuk mencari bekalan lebih selesa sebelum mengharungi aksi timbal balik di Petaling Jaya pada 6 Julai ini.

“Semua sedia maklum, Selangor adalah salah sebuah pasukan yang bagus pada ketika ini, namun kami akan turun berjuang dengan sebaiknya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI