fbpx

Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Sabah ada masalah air – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar hadir pada Majlis Perasmian Program Karnival Tekun Madani Pulau Pinang di Dewan SP Arena, petang ini.

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan sentiasa komited dalam menyelesaikan masalah air yang dihadapi beberapa negeri.

Menurut beliau, masalah bekalan air bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang sebaliknya melibatkan beberapa negeri lain antaranya Kedah, Kelantan dan Sabah.

“Di Nibong Tebal (Sungai Bakap) ada masalah air, di Kedah (juga) ada masalah air dan di Kelantan lagi masalah air (termasuk) di Sabah pun masalah air.

“Namun kita cuba selesaikan dan menerusi pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan (Datuk Nassuruddin Daud), beliau maklumkan pam (sekarang) tidak cukup tinggi (untuk sedut air) maka saya arahkan beli segera pam (baharu). Ini bukan soal politik tetapi ini soal rakyat.

“Yang ini (tolong rakyat) kita buat. Saya boleh tanya yang dulu (pemerintahan terdahulu ada buat atau tak) tapi saya tak buat (begitu) walaupun saya boleh tanya..Tapi tak apa masa (pemerintahan) kita, kita buat,” katanya ketika berucap pada Karnival Tekun Madani di SP Arena di Seberang Jaya, di sini hari ini.

Media melaporkan masalah air dalam daerah Seberang Perai Selatan khususnya Sungai Bakap dijadikan modal bagi pihak lawan bagi meraih undi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI