fbpx

PRK DUN Nenggiri: BN kenal pasti calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

DUNGUN – Barisan Nasional (BN) membuat persiapan awal termasuk mengenal pasti calon bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang dijadualkan pada 17 Ogos ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, gerak kerja itu dilaksanakan sebaik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon, undi awal dan pengundian PRK DUN Nenggiri semalam.

Beliau berkata, Ketua Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengadakan pertemuan dengan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan persiapan PRK berkenaan.

“Perbincangan diadakan di peringkat akar umbi dengan kepimpinan (BN Bahagian) Gua Musang.

“Kita akan bergerak bersama-sama bagi menghadapi PRK DUN Nenggiri,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Dungun di sini hari ini.

Zambry berkata, perbincangan itu termasuk mengenal pasti bakal calon yang berpotensi untuk ditampilkan pada PRK tersebut.

Beliau menjelaskan, calon yang akan mewakili BN berkenaan akan dimuktamadkan seterusnya diumumkan dalam masa terdekat.

Kosmo! hari ini melaporkan SPR menetapkan hari pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan dengan peruntukan RM1.6 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI