fbpx

Polis minta bantuan orang ramai kesan lelaki OKU hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosdan Mat yang juga OKU dilaporkan hilang sejak pagi semalam.

LIPIS – Polis giat mengesan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mengalami masalah kesihatan mental yang dilaporkan hilang di Kampung Redan, Mela di sini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, mangsa, Rosdan Mat, 52, disedari hilang pada pukul 9.39 pagi semalam.

“Pada pukul 8 pagi semalam, pengadu yang juga adik iparnya pergi ke rumah lelaki itu dan mendapati mangsa tiada di rumah. Difahamkan kali terakhir pengadu bertemu abang iparnya pada 26 Jun lalu,” katanya hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis di talian 09-3121999 atau balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI