fbpx

Piala FA: Kuching City FC ‘cakar’ Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENJAGA gol Kuching City FC, Shahril Sa'ari (tengah) turut cemerlang menafikan beberapa serangan menarik Selangor FC. - MFL

 

KUCHING – Mimpi indah Selangor FC akhirnya berakhir apabila tewas 1-2 kepada Kuching City FC pada aksi pertama suku akhir Piala FA di Stadium Negeri, sebentar tadi.

Ia menamatkan rentak kemenangan Red Giants dalam lima perlawanan lepas dan pastinya tugasan lebih mencabar buat pengendalinya, Nidzam Jamil untuk pamerkan kebangkitan pada perlawanan kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 6 Julai ini.

Elemen komunikasi antara pemain dilihat menjadi perkara utama yang harus diperbaiki selepas kesilapan itu menghasilkan gol kedua Kuching City menerusi Jordan Mintah.

Terdahulu, ketika aksi baharu berusia 31 minit, Ronnie Fernandez terus pamer ketajaman untuk meletakkan Red Giants di depan sekaligus menjadikan perlawanan bertambah menarik.

Memasuki aksi di masa tambahan, tuan rumah berjaya memastikan babak pertama berakhir seimbang selepas ketua pasukannya, James Okwuosa memanfaatkan situasi kelam kabut di depan gawang Selangor.

Tiga belas minit selepas aksi bersambung, kecemerlangan penjaga gol Selangor FC, Sam Somerville berjaya menafikan usaha Mintah malah tindakan susulan daripada Luiz Fernando Welter turut digagalkan.

Selang enam minit selepas itu, kesilapan komunikasi antara Sharul Nazeem Zulpakar dan Somerville berjaya dihukum oleh Mintah yang bertindak pantas untuk menyambar peluang bagi merobek gawang Selangor FC buat kali kedua.

Minit ke-86, Selangor FC sepatutnya mampu mendapatkan jaringan kedua sebaliknya tandukan seorang lagi pemain importnya, Alvin Fortes sekadar menggegar palang gawang Kuching City FC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI