fbpx

Piala AFF B-16: Skuad negara tersingkir daripada saingan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JARINGAN awal Izzuddin Afif (kanan) belum cukup untuk memastikan kemenangan Malaysia yang tewas 1-3 kepada Thailand pada aksi terakhir Kumpulan C Piala AFF B-16, sebentar tadi. - FAM

 

PETALING JAYA – Skuad bawah 16 tahun (B-16) negara terpaksa akur apabila sekadar menamatkan aksi Piala AFF B-16 di peringkat kumpulan selepas tewas 1-3 kepada Thailand di Stadium Manahan, sebentar tadi.

Tempoh 45 minit kedua pastinya menjadi mimpi ngeri buat skuad kendalian Javier Jorda Ribera apabila menghadiahkan dua sepakan penalti buat pasukan lawan.

Bagaimanapun, pemain muda negara memulakan perlawanan ini dengan cemerlang apabila membuka jaringan seawal minit keempat menerusi Izzuddin Afif Nazarudin.

Satu gol tidak meletakkan Malaysia berasa selesa dan terus melancarkan serangan di babak kedua namun sering dihimpit masalah sentuhan akhir.

Bagaimanapun, penjaga gol negara, Muhammad Naqqiudin Zamzuri menjadi individu paling kecewa apabila melepaskan dua gol dalam tempoh empat minit, bermula pada minit ke-74 yang menyaksikan Jompon Homboonma tenang menyempurnakan penalti untuk gol penyamaan Thailand.

Selang dua minit selepas itu, nasib terus tidak menyebelahi Muhammad Naqqiudin apabila lantunan bola rembatan Siwakorn Ponsan yang terkena tiang mengenai belakangnya sebelum memasuki gawang sendiri.

Minit ke-89, sisa perjuangan skuad muda negara menemui jalan noktah apabila Thailand memperoleh gol ketiga daripada Poramet Laoongdi, juga menerusi sepakan penalti.

Untuk rekod, skuad B-16 negara memulakan kempen kali ini dengan positif apabila membelasah Timor Leste 5-0 namun tewas 0-2 kepada Australia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI