fbpx

Pelantikan Siti Nurhaliza galak ramai lanjut pengajian universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Redzuan (kiri) dan Altimet ketika merasmikan Jelajah Hari Terbuka Unisel 2024 di Padang Astaka, Tanjong Karang, hari ini.

KUALA SELANGOR – Pelantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced) perlu dilihat positif terutama dalam menggalakkan lebih ramai individu melanjutkan pengajian ke universiti.

Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, kepakaran penyanyi nombor satu negara itu dalam bidang seni diperakui dan mempunyai pengaruh kuat.

Jelas beliau, pelbagai kaedah boleh digunakan bagi menarik minat pelajar bukan hanya dalam bidang kepakaran malah kemahiran tertentu seperti masakan dan seni suara.

“Siti Nurhaliza yang mencipta nama di dalam dan luar negara mempunyai bakatnya tersendiri sebagai penyanyi. Saya berpandangan usaha dilakukan Universiti Malaya (UM) mahu mendekatkan lagi institusi univerisiti dengan masyarakat,” katanya pada Jelajah Hari Terbuka Unisel 2024 di Padang Astaka, Tanjong Karang di sini, hari ini.

Baru-baru ini, netizen mempersoalkan kewajaran Siti Nurhaliza diangkat sebagai pakar di UMCced bagi tempoh dua tahun yang dianggap tidak bersesuaian dengan kelulusan akademik yang dimiliki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI