fbpx

Pelajar tingkatan 1 cedera jatuh dari tingkat 3 sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar tingkatan 1 dilaporkan cedera selepas terjatuh dari tingkat 3 bangunan sekolah semalam.

KAJANG – Seorang pelajar lelaki dilaporkan mengalami kecederaan selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.50 petang.

“Siasatan mendapati, mangsa yang juga pelajar tingkatan 1 didapati terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan sebelum dikejarkan ke Hospital Kajang bagi rawatan lanjut.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan anggota badan akibat kejadian itu. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Muhammad Faizal Azizi di talian 011-16120032 dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Kajang bagi membantu siasatan,” pesannya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI