fbpx

Pagi cerah, petang hujan seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca cerah dan baik tanpa hujan di seluruh negara pagi ini.

Sementara itu, bagi cuaca sebelah petang, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan tempat seluruh negara.

“Hujan lebat berserta ribut petir dijangka tertumpu di kawasan pedalaman Perlis dan Kedah serta melibatkan beberapa tempat di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Johor.

“Cuaca sama turut diramalkan melibatkan beberapa tempat di kawasan pedalaman Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan.

“Ribut petir turut dijangka di kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat di Sabah, diikuti Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, bagi cuaca sebelah malam, amaran ribut petir dikeluarkan melibatkan beberapa tempat di Pahang serta kawasan pedalaman Kelantan dan Terengganu.

“Selain itu, ribut petir turut dijangka di Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan.

“Di Sarawak pula melibatkan Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang pada sebelah malam ini,” kata MetMalaysia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI