fbpx

Meter air kena kebas punca rumah banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan perompak melarikan meter air dari sebuah rumah di Phuket. - Foto Polis Phuket

BANGKOK – Sekumpulan pencuri melarikan meter air dari sebuah rumah di Phuket, Thailand, lapor portal berita Thaiger kelmarin.

Tindakan pencuri itu menyebabkan rumah tersebut dibanjiri air yang bocor akibat meter air tersebut dilarikan mereka.

Anggota-anggota polis tiba di lokasi kejadian selepas dimaklumkan tentang kecurian itu pada waktu malam, Khamis lepas.

Setiba di lokasi kejadian, mereka mendapati pemilik rumah sedang melakukan kerja bagi mengeluarkan air dari kediamannya akibat meter air ditanggalkan oleh pencuri.

Kejadian itu menyebabkan penduduk setempat bimbang perbuatan serupa akan berulang pada masa depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI