fbpx

Maritim bantu nelayan sakit dada tengah laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARITIM Malaysia berjaya membantu seorang nelayan yang mengalami sakit dada ketika berada di kedudukan 12 batu nautika timur Tanjung Sedili semalam.

KOTA TINGGI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya membantu seorang nelayan yang berdepan kecemasan selepas mengalami sakit dada ketika berada di kedudukan 12 batu nautika timur Tanjung Sedili semalam.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu melibatkan seorang awak-awak Vesel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas C.

Katanya ketika kejadian mangsa, Shamsul Ma’arif, 37, telah menelefon pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru dan memohon bantuan kecemasan mendapatkan rawatan.

“Bot ronda Maritim Malaysia PETIR 12 telah diarahkan ke lokasi mangsa sejurus laporan diterima dan tiba di lokasi mangsa berada pada pukul 12.50 tengah hari.

“Mangsa dibawa menaiki bot ronda PETIR 12 dan tiba di Jeti Zon Maritim Tanjung Sedili pada pukul 2.30 petang sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Tanjung Sedili bagi mendapatkan rawatan
lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya mangsa dibenarkan pulang setelah selesai menjalani pemeriksaan kesihatan pada pukul 3.40 petang dan dinasihatkan berehat dari melakukan kerja-kerja berat.

Tambahnya sekiranya komuniti maritim berdepan detik cemas atau melihat sebarang kecemasan di laut, segera laporkan kepada talian MERS 999 atau talian MRSC Johor Bahru di talian 07-2219231. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI