fbpx

KOM pening kepala pilih Azeem, Shereen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM (dua dari kiri) dan Shereen (dua dari kanan) perlu menunggu sehingga 2 Julai ini untuk mengetahui siapa akan diberikan tiket wildcard ke Paris. - KOM

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) masih dalam proses mempertimbangkan pelari akan dipilih mengisi tiket wildcard ke Sukan Olimpik Paris 2024 dengan mengambil kira banyak faktor seperti nasihat daripada penasihat teknikal, Institut Sukan Negara (ISN) dan analisis prestasi.

Muhammad Azeem Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy merupakan dua atlet yang sedang dipertimbangkan selepas keduanya meraih pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2022 tetapi gagal melayakkan diri secara merit ke Paris.

Pengarah Teknikal KOM, Robert Ballard menyatakan beliau menyokong tindakan KOM untuk mempertimbangkan dengan teliti atlet yang akan mewakili negara ke temasya sukan berprestij berkenaan.

“Saya sokong keputusan ini di mana kita perlu benar-benar mempertimbangkan banyak maklumat yang telah dibentangkan kerana semua matriks berbeza termasuk ranking dunia keseluruhan, Road to Paris dan individu,” katanya.

Difahamkan, KOM akan menunggu hingga 2 Julai ini sebelum menyerahkan nama atlet terpilih kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

“Kita berhutang kepada kedua-dua atlet ini untuk menunggu hingga minit terakhir untuk kita dapat membuat keputusan dengan berkesan dengan maklumat yang tepat,” tambah Ballard.

Dalam pada itu, mengenai pilihan acara, Ballard menekankan pertimbangan perlu dibuat berdasarkan kekuatan atlet dan tidak mengecualikan kemungkinan jika berlaku perubahan acara dari 400 meter (m) kepada 100m.

Bagaimanapun, KOM berharap keputusan yang diambil akan dipertimbangkan dengan teliti, menggunakan semua maklumat bagi memastikan prestasi terbaik Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI