fbpx

KKM perinci semakan semula SOP, garis panduan berkaitan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DR. Dzulkefly Ahmad meninjau rerurai dan beramah mesra dengan pegawai kesihatan pada Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia 2024 Peringkat Kementerian Kesihatan di Nilai, Seremban hari ini.

NILAI – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperincikan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan bagi pelaksanaan ‘fasa hidup’ bersama Covid-19.

Tumpuan diberikan terhadap tiga perkara iaitu Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO), pemakaian pelitup muka dan pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan sebelum ia dikeluarkan kepada umum.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, negara kini beralih daripada transisi endemik kepada endemik sepenuhnya dan langkah terhadap tiga perkara itu telah dibentangkan dalam Kabinet dan mendapat kelulusan.

“Bagaimanapun maklumat terperinci termasuk tarikh pewartaan pelaksanaan akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Pemakanan Malaysia 2024 Peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia di sini hari ini

Sementara itu, pada program berkenaan, menurutnya, prevalen semasa penyakit tidak berjangkit (NCD) berkaitan pemakanan di negara ini berada dalam keadaan membimbangkan.

“Hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 yang baru saya umumkan menunjukkan peningkatan prevalen penyakit yang tinggi.

“Secara konsisten untuk sedekad lepas, bagi setiap dua dewasa, seorang adalah berlebihan berat badan dengan prevalen tahun lepas direkodkan sebanyak 54.4 peratus.

“Manakala satu daripada enam dewasa menghidap diabetes. Oleh itu, lebih separuh orang Malaysia dewasa terdedah kepada risiko mendapat NCD akibat masalah berlebihan berat badan dan obesiti tidak terkawal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI