fbpx

Kes pukul: JIM beri kerjasama penuh siasatan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan memberi kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan kes seorang pengarah syarikat pekerja asing mendakwa dipukul oleh pegawai JIM semasa ditahan dalam operasi penguatkuasaan JIM baru-baru ini.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya akan memberi kerjasama dengan telus dan adil terhadap siasatan tersebut bagi membendung penyalahgunaan kuasa.

“Dalam masa yang sama, pihak jabatan sedang menunggu laporan lengkap daripada JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seterusnya akan meneliti dakwaan tersebut.

“Sekiranya didapati berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) atau penyalahgunaan kuasa oleh pegawai terlibat, tindakan dan hukuman tegas akan diambil,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ruslin berkata, JIM memandang serius kes penyalahgunaan kuasa melibatkan pegawai jabatan tersebut dan tidak akan berkompromi terhadap pegawainya yang melakukan pelanggaran SOP sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan itu.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan seorang pengarah syarikat pekerja asing mendakwa dipukul oleh pegawai JIM semasa ditahan dalam operasi penguatkuasaan JIM pada 25 Jun 2024 kerana disyaki dalang sindiket pengemis. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI