fbpx

Kecoh ibu sidai pakaian di balkoni hotel mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG ibu menyidai pakaian di balkoni sebuah hotel mewah di Dubai. - Foto Instagram//@iam.pallavivenkatesh

DUBAI – Satu rakaman video yang menunjukkan seorang wanita  mengeringkan pakaian di balkoni sebuah hotel mewah di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi tular di media sosial, lapor portal berita NDTV hari ini.

Menerusi platform Instagram, seorang gadis dikenali sebagai  Pallavi Venkatesh merakam video memaparkan ibunya menyidai pakaian untuk dijemur di balkoni hotel mewah tersebut. 

Video itu menjadi sensasi di internet dengan netizen memuji dan mengkritik wanita India itu.

Klip tersebut turut mendapat maklum balas  daripada pihak pengurusan hotel berkenaan. 

“Tugas seorang ibu,” kata pihak hotel mewah tersebut sambil memberikan emoji bertepuk tangan. 

“Kami harap anda menikmati penginapan anda! Kami menyertakan peralatan pengering yang boleh ditarik di setiap bilik mandi supaya anda boleh mengeringkan pakaian anda di atas tab mandi,” tambah kenyataan pihak hotel tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI