ISKANDAR PUTERI – Penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan tugas sukar menjinakkan pasukan amatur, Malaysian University 5-0 pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Pada pertemuan itu, Hector Bidoglio tidak menurunkan pemain import dan hanya menggunakan khidmat pemain naturalisasi dan warisan seperti Natxo Insa, Junior Eldstal, Mohamadou Sumareh dan Corbin Ong.
Biarpun tanpa kehadiran pemain import, skuad Harimau Selatan tetap berupaya mencipta jaringan seawal minit kedua menerusi rembatan Corbin Ong dari jarak dekat setelah mendapat umpanan Syahmi Safari.
Pasukan Malaysian University menjaringkan gol pada minit ke-84m namun dibatalkan oleh pengadil perlawanan setelah pemeriksaan video bantuan pengadil (VAR) mendapati pemain pasukan itu berada di kedudukan ofsaid.
Timbal balik aksi suku akhir itu akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada 5 Julai ini. – KOSMO! ONLINE