fbpx

Hamidin sudah dapat perkenan menghadap Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamidin

PETALING JAYA – Permohonan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah mendapat perkenan Baginda.

Hamidin menjelaskan beliau mendapat perkhabaran itu selepas menerima panggilan daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, petang semalam.

Bagaimanapun, masih belum ada tarikh yang ditetapkn kerana Tuanku Sultan Selangor akan berangkat ke Sarawak atas urusan rasmi sehingga Majlis Sambutan Maal Hijrah 1446H pada Ahad, 7 Julai 2024.

“Saya telah mendapat panggilan telefon daripada Datuk Munir kira-kira jam 2.30 petang, iaitu sehari selepas saya menghantar warkah memohon perkenan mengadap Tuanku Sultan Selangor.

“Tuanku Sultan Selangor telah menitahkan beliau (Datuk Munir) untuk menerima permohonan menghadap menerusi warkah yang saya utuskan ke Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada tengah hari Khamis lalu

“InsyaAllah jika tiada aral melintang, berkemungkinan tarikh untuk menghadap Tuanku Sultan Selangor hanya akan diadakan selepas 7 Julai depan, sekembalinya Baginda berangkat pulang dari Sarawak dan selesai urusan serta majlis rasmi yang perlu dihadiri Baginda,” kata Hamidin.

Sebelum ini, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa kecewa dan murka susulan hukuman yang dikenakan ke atas Selangor FC oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kerana ketidakhadiran ke perlawanan Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, 10 Mei lalu.

Sultan Sharafuddin turut meluahkan rasa kecewa dan dukacita terhadap Hamidin selaku Presiden FAM kerana baginda telah lama mengenali beliau yang merupakan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dari tahun 1995 hingga 2013 dan juga berpengalaman dalam arena bola sepak Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI