fbpx

Euro 2024: Swiss yakin atasi juara bertahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XHAKA antara pemain yang bakal memainkan peranan penting buat Switzerland menentang Itali tengah malam ini. - AFP

BERLIN – Pengendali Switzerland, Murat Yakin melaungkan keyakinan anak-anak buahnya berada dalam keadaan terbaik untuk mengecewakan Itali menjelang aksi pusingan 16 terbaik Kejohanan Euro 2024 di Olympiastadion tengah malam ini.

Switzerland disebut-sebut antara pasukan yang boleh mencipta kejutan mara ke suku akhir berdasarkan prestasi yang cukup memberangsangkan dipamerkan sepanjang saingan Kumpulan A.

Pasukan No. 19 dunia itu mengharungi tiga perlawanan tanpa kalah dan hampir berjaya menewaskan Jerman sebelum akur seri 1-1 dengan tuan rumah, sekali gus mengesahkan tiket pusingan kalah mati sebagai naib juara Kumpulan A.

“Kami tidak boleh katakan kami adalah pasukan pilihan kerana Itali adalah lawan seterusnya. Tetapi keputusan seri dengan Jerman memberikan keyakinan tambahan kepada kami.

“Kami telah membuat kajian terhadap taktikal dan strategi Itali, jadi saya percaya kami boleh mengambil kesempatan terhadap analisis yang kami lakukan. Jujurnya kami semua tidak sabar menghadapi aksi ini.

“Itali lawan yang sukar dijangka tetapi kami sudah bersedia. Kami tidak begitu bimbang dengan mereka kerana kami lebih percaya terhadap keupayaan sendiri,” kata Yakin.

Bintang Bayer Leverkusen, Granit Xhaka dan penyerang berpengalaman, Xherdan Shaqiri tentunya terus menjadi pertaruhan Switzerland untuk melakar kemenangan berharga ke atas Itali.

Jika menang, Switzerland akan mengulangi pencapaian edisi 2020 apabila mara ke suku akhir yang mana mereka tewas 1-3 menerusi penentuan sepakan penalti kepada Sepanyol selepas terikat 1-1 dalam tempoh 120 minit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI