fbpx

Euro 2024: Itali berisiko gagal ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAGIOLI dikatakan mampu menghadirkan ketajaman buat jentera serangan Itali menjelang aksi bertemu Switzerland. - AZZURRI

BERLIN – Itali tidak boleh terlalu mendabik dada dengan merasakan peluang mereka ke suku akhir Kejohanan Euro 2024 sudah terjamin menjelang aksi pusingan 16 terbaik menentang Switzerland di Olympiastadion tengah malam ini.

Atas kertas, juara bertahan itu sememangnya mempunyai reputasi yang jauh lebih gah berbanding Switzerland, namun lawan mereka tetap memiliki kelebihan tersebut jika dinilai menerusi prestasi dalam tiga perlawanan terakhir.

Sepanjang aksi peringkat kumpulan, Itali pernah tewas sekali berbanding Switzerland yang cemerlang tanpa merekodkan sebarang kekalahan.

Sehubungan itu, legenda Itali, Claudio Gentile mengingatkan pengendali The Azzurri, Luciano Spalletti supaya melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utama jika tidak mahu dimalukan Switzerland dalam aksi tersebut.

“Jujurnya saya melihat Switzerland sebagai satu pasukan liat dan sukar dikalahkan. Mereka begitu ampuh dari segi taktikal selain kebolehan fizikal para pemainnya.

“Mereka mempunyai beberapa pemain yang boleh menghukum Itali. Namun, saya tetap percaya dengan kebolehan pasukan ini tetapi ia memerlukan sedikit perubahan.

“Saya fikir sudah tiba masanya beliau (Spalletti) menyenaraikan (Nicolo) Fagioli dalam kesebelasan utama, kata Gentile yang pernah memenangi Piala Dunia 1982 bersama Itali.

Berdasarkan rekod pertemuan, peluang dilihat terbuka biarpun Itali pernah menang sekali selain seri lima kali daripada keseluruhan enam aksi antara kedua-dua pasukan. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI