fbpx

Enam Ahli Parlimen Bersatu jawab isu pelucutan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkafperi

 

KUALA SELANGOR – Enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilucutkan keahlian parti dijadualkan mengadakan sidang akhbar khas di sebuah lokasi di Bangsar, kira-kira pukul 12 tengah hari esok.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr. Zulkafperi Hanafi berkata, kesemua enam Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan hadir.

“Kita mahu menjawab mengenai situasi terkini yang berlaku dan hari ini saya tidak boleh jawab apa-apa. Segala jawapan lengkap akan diberikan pada sidang akhbar esok,” katanya pada Jelajah Hari Terbuka Universiti Selangor (Unisel) 2024 di Padang Astaka, Tanjong Karang di sini, hari ini.

Kelmarin, Naib Presiden Bersatu yang juga Ketua Whip di Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengemukakan notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul meminta supaya enam kerusi Parlimen disandang wakil rakyatnya dikosongkan.

Pada 2 Jun lalu, Zulkafperi dan lima Ahli Parlimen Bersatu digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI