fbpx

[VIDEO] ‘Selamat tinggal’ Auntie Apek Chow Kit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kenangan Auntie Chow Kit yang tular di media sosial ketika ini.

PETALING JAYA – Bagi warga permotoran tempatan, nama Apek Chow Kit merupakan satu nama besar dalam industri tersebut kerana air tangan menghasilkan papan nombor plat beliau menjadi fenomena luar biasa selama ini.

Hasil tangan Apek Chow Kit telah menjadi pilihan utama peminat permotoran negara kerana bermutu tinggi serta dianggap paling ‘complete’ daripada segi penghasilannya.

Apek selalu ditemani isterinya dikenali Auntie Chow Kit yang petah bercakap yang biasanya ditugaskan menjaga kaunter tempahan di sebelah hadapan kedai.

Namun, berita sedih buat peminat permotoran apabila dikhabarkan Auntie Chow Kit telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam.

Berita duka itu telah dikongsi menerusi satu video tular di media sosial Facebook hari ini.

Rata-rata pelanggan yang pernah mengunjungi kedai nombor plat terkenal di Kuala Lumpur itu mengucapkan takziah kerana pemergian tersebut.

“Dari 2005 hingga 2024 aku buat nombor plat di kedai ni, memang auntie petah bercakap. Salah takziah buat keluarga mendiang,” tulis Farhan MNM.

“Baru pergi kedai bulan lepas, rupanya auntie dah tak ada. Kenangan main motor dengan kedai ni memang banyak, salam takziah diucapkan,” kata E-ser. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI