BENTONG – Dua dilaporkan maut selepas sebuah bas persiaran terbalik ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands di sini hari ini.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 10.52 pagi itu bas berkenaan membawa 20 penumpang yang kebanyakannya adalah pelancong China.
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani mengesahkan kejadian berkata, dua mangsa dilaporkan tersepit di dalam bas berkenaan.
Katanya, operasi giat dilakukan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. – KOSMO! ONLINE