fbpx

Diseksa keluarga mentua selepas jadi pengantin ganti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita hidup penuh terseksa selepas menggantikan kakaknya sebagai pengantin kerana tidak mahu keluarga menanggung malu selepas kakaknya ingin membatalkan ikatan tersebut.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang wanita terpaksa menelan kepahitan dalam berumah tangga selepas berkahwin dengan seorang lelaki dikenali sebagai Abu, yang mana pernah ditolak kakaknya.

Katanya , dia yang berusia 19 tahun ketika itu terpaksa melupakan hasrat untuk menyambung pelajaran dan merelakan diri berkahwin dengan lelaki berusia 33 tahun yang sepatutnya menjadi abang iparnya.

“Abu kahwin dengan saya sebab mahu sakitkan hati kakak. Emak mentua juga suka bandingkan saya dengan kakak, paling teruk lepas kahwin, dia rampas telefon saya, biar saya tak dapat berhubung dengan keluarga.

“Dua tahun kahwin tak balik raya rumah keluarga, adik beradik Abu pula semua kuat agama sebab kakak-kakak dia pakai tudung labuh dan berjubah, abang-abang pula selalu berjemaah di masjid. Keadaan ini menyebabkan mereka selalu perli saya,” luahnya.

Lebih menyayat hati, wanita terbabit tidak dibenarkan untuk menyambung pelajaran yang menjadi impiannya selama ini, malah diseksa di rumah mentua tanpa dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri.

Kongsi wanita terbabit, selepas suaminya yang dikenali sebagai Abu meninggal dunia, harta yang sepatutnya menjadi miliknya menerusi agihan faraid berjumlah RM80,000 semuanya dibolot keluarga mentua.

Alasan yang diberikan adalah untuk membayar hutang arwah suaminya, selain mahu membuat badal haji untuknya.

Kini dirinya telah gembira bersama pilihan hatinya dan mempunyai tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan keduanya itu, namun trauma dan luka lama masih berbekas di dalam hati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI