fbpx

Anwar jumpa ‘superstar’ Kamal Haasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika bertemu Kamal hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan untuk meluangkan masa bertemu pelakon terkenal dari India, Kamal Haasan.

Jelas Anwar, walaupun sibuk dengan tugasan rasmi beliau, namun berkesempatan untuk bertemu mata bersama figura tersebut berlangsung selama 30 minit.

“Dalam sela-sela tugasan rasmi, saya sempat meluangkan masa bersama seniman dan ‘superstar’ tersohor India, Kamal Haasan.

“Kesempatan yang ada kira-kira 30 minit itu digunakan untuk berbicara dan bertukar pandangan terkait industri perfileman termasuk ketegasan terhadap rasuah,” jelas beliau di laman social rasmi hari ini.

Ini bukan pertemuan kali pertama kedua-dua figura tersebut apabila Anwar dan Kamal pernah bertemu empat mata di Kuala Lumpur pada 29 Mei 2022.

Ketika itu Presiden PKR tersebut masih lagi merupakan Ketua Pembangkang, dan dalam pertemuan tersebut mereka berdua berbincang mengenai sejarah India dan persoalan tatakelola yang baik, serta ketegasan terhadap rasuah.

Kamal hadir ke negara ini dua tahun lalu itu untuk mempromosikan filemnya, Vikram. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI