fbpx

5 selebriti cantik kaki ‘gamer’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA selebriti yang sinonim sebagai kaki video dalam kalangan peminat.

BERMAIN permainan video menjadi antara aktiviti kegemaran yang menyeronokkan selain mampu menyerlahkan sisi kreativiti.

Biarpun sering dikaitkan dengan golongan kanak-kanak, namun sebenarnya ramai juga mereka yang sudah dewasa turut berminat bermain permainan video.

Memetik portal Hello Sehat, bermain permainan video memberikan pelbagai manfaat selain dapat mempengaruhi pertumbuhan otak seperti mengeluarkan hormon endorfin (menjadi lebih gembira), mengasah minda dan mengeratkan hubungan sekiranya bermain secara berkumpulan.

Terdapat juga barisan atlet profesional yang menjadikan permainan video ini sebagai satu cabang sukan (e-sukan) seperti Yap Jian Wei, Luqman Haziq dan Yeik Nai Zheng.

Bermain permainan video turut dilihat menjurus kepada golongan lelaki. Namun, ternyata ramai golongan wanita juga gemar bermain permainan video.

Gala minggu ini menyenaraikan beberapa selebriti wanita popular tempatan dan antarabangsa yang aktif bermain permainan video bagi mengisi masa lapang.

Mila Kunis

Siapa sangka isteri kepada aktor Ashton Kutcher, Mila Kunis merupakan seorang penggemar permainan video.
Dalam satu wawancara, Kunis mengakui bahawa dia gemar bermain permainan video World of Warcraft dan Call of Duty.
Malah dia juga sering menyertai permainan tersebut secara berkumpulan dalam talian. Bagaimanapun, pelakon filem Bad Moms itu mengehadkan waktu bermain permainan video selepas memiliki dua cahaya mata.
Kunis juga mengakui sebelum ini beberapa kali permainannya terganggu kerana peminat mengenali suaranya.
“Saya memang suka bermain permainan video. Tetapi hal itu terganggu kerana ada pemain mengetahui identiti saya menerusi suara,” katanya di US Magazine.

Megan Fox

Bintang Transformers, Megan Fox merupakan seorang penggemar permainan video Mortal Kombat dan Halo.
Dia juga mengakui pernah mengalami ketagihan bermain permainan video selain pernah dibuli beberapa pemain lelaki kerana dikatakan tidak mahir bertempur.
“Suatu masa lalu saya pernah mengalami ketagihan bermain permainan video. Namun lama-kelamaan, saya dapat mengatasinya.
“Saya juga sering dibuli pemain lelaki yang beranggapan golongan wanita tidak wajar bermain permainan video.
“Mereka juga sering mengejek dan mengatakan saya tidak tahu bermain,” katanya.

Jisoo

Vokalis utama Blackpink, Jisoo juga boleh dikategorikan sebagai pemain permainan video berpengalaman.
Jisoo sentiasa berkongsi minatnya itu dengan peminat.
Malah, rakan artis Jeon Somi pernah mendedahkan bahawa dia sering melihat Jisoo bermain permainan dalam talian Animal Crossing: New Horizons hingga lewat malam.
Lebih menarik apabila kumpulan Blackpink menjalinkan kerjasama dengan permainan tersebut apabila mereka melancarkan pulau bertemakan Blackpink dalam permainan terbabit.

Heidi Jensen

Selebriti jelita Thailand, Heidi Jensen atau Heidi Amanda Jensen merupakan pemenang tempat kedua (1st runner-up) pertandingan Miss Grand Thailand 2022.
Selain aktif dalam bidang lakonan, bekas pramugari Qatar Airways itu gemar bermain permainan video. Antara yang menjadi pilihannya ialah Honor of Kings.
Selain itu Heidi juga kerap memuat naik video yang memaparkan dirinya sedang bermain permainan tersebut di TikTok.
Malah, dia juga selalu melakukan siaran langsung (live) di aplikasi tersebut dan mengajak peminat bermain bersama.

Yana Samsudin

Pelakon Yana Samsudin difahamkan mula aktif sebagai streamer sejak 2019 selain terbabit dengan penstriman permainan video dalam talian.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut memuat naik kandungan selain menjadi antara pemain video wanita terawal yang menceburi komuniti streamer.
Yana pernah memberitahu, ramai individu melibatkan diri dalam komuniti tersebut bekerja dalam pelbagai bidang, namun penggiat seni hanya boleh dibilang dengan jari.
“Streaming ini bukan sekadar ‘on’ dan main ‘game’, kita pun seperti stesen TV kerana kena stream dan dalam masa sama kita juga perlu menjaga teknikal, pengarah dan memikirkan jenis kandungan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI