fbpx

4 cahaya misteri dirakam di Banjaran Himalaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT jaluran cahaya yang terang berjaya dirakamkan menerusi kamera milik NASA. - APOD/NASA/GOV

NEW DELHI  –  Empat jaluran cahaya yang terang  di Banjaran Himalaya di  antara Bhutan dan China berjaya dirakam pada minggu lalu, lapor portal berita India TV semalam.

Kamera khas berkelajuan tinggi milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya merakamkan empat cahaya terang itu.

Cahaya itu sukar dirakamkan kerana  terpancar selama beberapa milisaat sahaja.

Menurut Weather.com, cahaya itu atau dikenali sebagai ‘gigantic jet’ ialah sejenis kilat atmosfera yang berlaku di mesosfera, pada ketinggian  kira-kira 50 hingga 90 kilometer di atas permukaan Bumi.

“Jaluran cahaya gergasi itu adalah sejenis kilat yang berlaku di antara beberapa ribut petir dan ionosfera Bumi,” kata NASA. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI