fbpx

292 juta penagih dadah pada 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI polis memeriksa rampasan dadah di sebuah kilang kertas di Amritsar, India pada 26 Jun lepas. -- AFP

 

ANKARA – Seramai 292 juta orang di seluruh dunia merupakan penagih dadah dalam tahun 2022, meningkat 20 peratus sejak 10 tahun lalu, kata Pejabat Hal Ehwal Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(UNODC) seperti laporan agensi berita Anadolu kelmarin.

Dalam laporan bertajuk World Drug Report 204 itu menghimpunkan data dari tahun 2022, UNODC berkata, seorang dalam setiap 18 penduduk dunia berumur antara 15 hingga 64 tahun adalah penagih dadah pada 2022.

Dalam tahun sama, dadah paling banyak digunakan ialah ganja yang melibatkan 228 juta penagih diikuti oleh opioid(60 juta penagih), amphetamine (30 juta), kokain (23.5 juta) dan ekstasi(20 juta), demikian menurut laporan itu.

Laporan sama menyebut bahawa seramai 64 juta orang mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan dengan dadah dalam tahun 2022.

Menurutnya, seorang dalam setiap 11 penagih yang mengalami masalah kesihatan boleh mendapatkan rawatan tetapi kadar itu merosot kepada seorang dalam setiap 18 pesakit membabitkan penagih wanita.

Laporan itu seterusnya mengetengahkan masalah kesihatan berkaitan dadah yang membawa maut. Menurutnya, seramai 13.9 juta orang menyuntik dadah ke dalam diri mereka pada 2022 dengan 1.6 juta menghidap HIV, 1.4 juta menghidap kedua-dua HIV dan hepatitis C dan 6.8 juta lagi mengalami hepatitis C sahaja.

Penyakit hati yang disebabkan oleh hepatitis C merangkumi lebih separuh daripada keseluruhan kematian berkaitan dadah.

Dalam tahun 2019, kira-kira 500,000 orang meninggal dunia akibat penyalahgunaan dadah dengan penyakit hati akibat hepatitis C menjadi punca utama kematian mereka. – AGENSI

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI