fbpx

KPDN dapat dua aduan, peniaga enggan terima tunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPDN menyatakan tiada akta atau undang-undang tertentu menghalang peniaga melaksanakan penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai sepenuhnya di premis perniagaan.

PAPAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima dua aduan daripada pengguna berhubung keengganan peniaga menerima bayaran secara tunai di premis mereka.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, aduan yang dibuat itu mebabitkan restoran masing-masing di Kuala Lumpur dan Selangor.

Walau bagaimanapun, Armizan memberitahu, tiada akta atau undang-undang tertentu bagi menghalang peniaga melaksanakan pembayaran tanpa tunai sepenuhnya di premis perniagaan masing-masing.

“Pembayaran tanpa tunai merupakan trend global masa kini kerana ia bukan hanya dilaksanakan di Malaysia, malah seluruh dunia menggalakkan transaksi seumpama ini.

“Kesimpulannya, pembayaran tanpa tunai sepenuhnya di sesebuah premis perniagaan bukannya menyalahi undang-undang,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Penyerahan Lori dan Bas daripada Sinyi Group di Langkah Syabas Beach Resort hari ini.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan Bank Negara Malaysia (BNM) menyarankan orang ramai terutama pengguna supaya membuat aduan kepada KPDN sekiranya terdapat peniaga yang enggan menerima bayaran secara tunai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI