fbpx

15 pelanggan cabut lari lepas makan, tauke rugi lebih RM238

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pesanan 15 pelanggan itu berjumlah 829 ribu rupiah (RM238.69). - @depok24jam

JAKARTA – Seorang pemilik restoran mendakwa mengalami kerugian sebanyak 829 ribu rupiah (RM238.69) apabila sekumpulan pelanggan yang makan di kedainya ‘cabut lari’, lapor akhbar Tribunnews kelmarin. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @depok24jam, pemilik restoran itu menunjukkan pesanan yang dibuat oleh 15 pelanggan terbabit. 

“Rombongan 15 orang makan lalu melarikan diri dari restoran tanpa membuat pembayaran. 

“Itu meja mereka, ini pesanan mereka. Sudah kosong tidak ada orangnya,” kata pemilik itu. 

Dia juga menyatakan bahawa pesanan mereka berjumlah 829 ribu rupiah (RM238.69). 

Kejadian berlaku di sebuah restoran di Rangkapan Jaya, Kota Depok di wilayah Jawa Barat. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih sebanyak 5.1 juta jumlah tontonan. 

Bagaimanapun, beberapa wakil daripada kumpulan yang ‘cabut lari’ itu kembali membuat pembayaran selepas rakaman itu tular. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI