fbpx

Atuk 72 tahun rugi RM177,700 angkara ‘phone scam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

TAIPING – Bimbang ditangkap selepas didakwa terlibat aktiviti pengubahan wang haram, seorang lelaki warga emas sanggup menyerahkan wang RM177,700 kepada sindiket ‘phone scam’ yang menyamar pihak berkuasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, penipuan bermula pada pukul 2.30 petang, 12 Jun lalu selepas mangsa berusia 72 tahun menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang mendakwa wakil Kementerian Komunikasi Digital.

Menurutnya, suspek memaklumkan mangsa bahawa dia perlu pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kerana didapati terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang termasuk pengubahan wang haram.

“Mangsa menafikan dia terlibat dalam kegiatan itu sebelum panggilan telefon disambungkan kepada suspek yang menyamar sebagai polis.

“Suspek kedua memujuk akan membantu mangsa namun lelaki itu perlu menyerahkan butiran akaun bank termasuk kata laluan sekali (OTP).

“Suspek memaklumkan akan memindahkan wang dari akaun mangsa dan memberi jaminan ia akan dikembalikan selepas siasatan selesai,” katanya hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang juga pegawai khidmat masyarakat sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berasa takut dan cemas menuruti permintaan suspek.

Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu selepas semakan di sebuah bank mendapati wang simpanannya berkurangan.

“Terdapat lima transaksi mencurigakan telah dipindahkan ke lima akaun. Mangsa cuba menghubungi suspek kedua namun gagal sebelum membuat laporan polis pada pukul 11.59 pagi Khamis lalu,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI