fbpx

Wanita tampak gah dengan Isuzu D-Max X-Terrain 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isuzu Malaysia telah memperkenalkan D-Max varian X-Terrain terbaharu untuk 2024 dengan versi penampilan yang lebih segar serta ciri-ciri keselamatan dipertingkat.

SEJAK Isuzu Malaysia melancarkan model D-Max generasi ketiga pada 2021, trak pikap tersebut berjaya menarik perhatian dengan reka bentuk mengagumkan.

Seiring perkembangan pesat model tersebut, Isuzu Malaysia telah memperkenalkan D-Max varian X-Terrain terbaharu untuk 2024 dengan versi penampilan yang lebih segar serta ciri-ciri keselamatan dipertingkat.

Model utama Isuzu ini juga memastikan pelanggan dapat menikmati pemanduan lebih selamat dan menyenangkan. Melihat kepada rekaannya, model ini bukan sahaja sesuai dimiliki lelaki, golongan wanita seperti penulis juga boleh tertarik untuk mencuba trak pikap. Bahkan, ada rakan penulis dalam kalangan perempuan yang telah pun memilikinya.

Sporty dan imaginatif itu yang terlintas di fikiran penulis apabila menyelami rekaan terbaharu Isuzu D-Max X-Terrain 2024, sesuai untuk sebuah trak pikap yang kekal relevan digunakan untuk bekerja atau off-road.

Penulis sebagai seorang wanita agak kecil yang takut memandu trak pikap kerana saiznya yang tinggi dan besar, kini lebih yakin menyelusuri pemanduan dengan Isuzu D-Max X-Terrain yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan ciri keselamatan komprehensif.

Ia juga sesuai untuk kegunaan harian selain sedia digunakan untuk aktiviti kembara dan bersifat mesra keluarga.

Wanita akan jatuh cinta dengan aspek reka bentuk struktur luaran trak pikap ini yang nampak sporty dengan suntikan elemen ‘perkasa’.

Varian flagship X-Terrain telah terbukti menjadi antara trak paling selamat dalam pasaran dengan kelengkapan penuh Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) bagi memberikan pemanduan yang selesa dan selamat.
Ia juga menawarkan ciri Amaran Perlanggaran Depan (PCW), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Bantuan Pusing, Mitigasi Salah Tekan Pedal Automatik, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB), Amaran Keluar Lorong (LDW), Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lalu Lintas Belakang (RCTA) dan Mitigasi Rempuhan Multibrek (MBC).

Model ini menawarkan lebih lagi dengan adanya ciri kamera stereo baharu generasi keempat yang telah diperluaskan lagi pandangannya kepada 120 darjah.

Ini membolehkan sistem mengesan dan mengenal pasti jumlah objek yang lebih banyak termasuk pejalan kaki kanak-kanak serta memberikan tindak balas yang lebih tepat serta pantas yang mana ia akan berhenti secara sendiri sekiranya terdapat halangan.
Wanita yang memandu Isuzu D-Max X-Terrain memberi imej simbolik berani dan perkasa serta mengubah persepsi trak pikap hanya untuk lelaki.

Keyakinan itu diperkukuhkan lagi atas faktor kewujudan Around View Monitor dalam X-Terrain yang membolehkan persekitaran dipantau secara 360 darjah.

Meninjau ke ruangan kabin, model ini hadir dengan dalaman digital sepenuhnya dilengkapi dengan sistem infotainment 10 inci iaitu lebih besar berbanding D-Max X-Terrain sebelumnya.

Ciri ini bukan sahaja menawarkan pandangan mata burung ketika mengundur, ia turut menyediakan pilihan panduan tiga dimensi (3D) bagi meletakkan kenderaan dengan tepat dan mudah.

Menarik dan sangat membantu, pemandu wanita tidak perlu teragak-agak atau takut untuk meletakkan kederaan atau memandu di kawasan sempit.

Aspek pemanduan juga diberi kemas kini dengan tambahan ciri baharu Rough Terrain Mode yang mana dengan mengaktifkan mod tersebut, sama ada dalam pacuan 2H, 4H atau 4L cengkaman akan dipertingkat dengan sistem pengurusan agihan kuasa secara langsung.

Ciri ini akan meningkatkan keyakinan mereka yang tidak begitu arif dengan pemanduan off-road, terutama bagi pemandu wanita yang ingin mengembara atau merasai suasana pemanduan di hutan walaupun tiada pengalaman.

Pada pandangan penulis, wanita akan jatuh cinta dengan aspek reka bentuk struktur luaran trak pikap ini yang nampak sporty dengan suntikan elemen ‘perkasa’.

Antara pembaharuan yang boleh dilihat ialah gril depan, bampar dan bonet yang lebih menyerlah dengan aspek aerodinamik yang lebih baik.

D-Max 2024 varian X-Terrain turut menampilkan warna baharu iaitu Namibu Orange yang sesuai bagi wanita yang inginkan kelainan dan mahu kelihatan gah di jalan raya.

Aspek menarik lain ialah pencahayaan lampu ambien di bahagian kaki yang memudahkan pengguna untuk naik dan turun dari kenderaan selain satu sentuhan menarik untuk sebuah trak pikap seperti D-Max.

Perincian lain termasuklah rekaan rim aloi bersaiz 18 inci berwarna hitam, rekaan pintu ruangan kargo di belakang (tailgate assist) yang juga mendapat sentuhan baharu dan boleh dikunci untuk model X-Terrain ini sesuai untuk mengangkut barangan terutama bagi usahawan wanita yang menjalankan perniagaan.

Dari segi pencahayaan, trak pikap itu menggunakan lampu hadapan projector Bi-LED (dengan isyarat belok) yang dipasang bersama lampu pencahayaan siang (DRL) iaitu dinyalakan secara automatik apabila kenderaan bergerak ke hadapan supaya jelas kelihatan di jalan raya.

Ini digabungkan rekaan lampu belakang yang menarik seakan bentuk sayap burung menyerlahkan lagi gaya terkini Isuzu D-Max.

Bagaikan memandu sebuah kereta eksklusif, Isuzu D-Max X-Terrain 2024 didatangkan dengan kerusi balutan kulit warna hitam dengan tambahan unsur reka bentuk origami Miura Jepun pada trim pintu untuk menyerlahkan kesenian jentera itu.

Aspek menarik lain ialah pencahayaan lampu ambien di bahagian kaki yang memudahkan pengguna untuk naik dan turun dari kenderaan selain satu sentuhan menarik untuk sebuah trak pikap seperti D-Max.

Meninjau ke ruangan kabin, model ini hadir dengan dalaman digital sepenuhnya dilengkapi dengan sistem infotainment 10 inci iaitu lebih besar berbanding D-Max X-Terrain sebelumnya.

Selain itu, ia juga menerima ketersambungan Apple Carplay dan Android Auto tanpa wayar manakala pada klustermeter menampilkan sepenuhnya digital bersaiz tujuh inci Multi Information Display (MID)dan hadir dengan pengecasan port USB Type C. Memang sesuai dengan gaya hidup wanita.

Aspek pemanduan juga diberi kemas kini dengan tambahan ciri baharu Rough Terrain Mode yang mana dengan mengaktifkan mod tersebut, sama ada dalam pacuan 2H, 4H atau 4L cengkaman akan dipertingkat dengan sistem pengurusan agihan kuasa secara langsung.

Pengalaman memandu Isuzu D-Max sangat mengujakan, tidak ubah seperti kereta berkuasa tinggi kerana ia menggunakan enjin diesel turbo 3.0 liter dengan transmisi enam kelajuan automatik.

Hasil gabungan itu, menghasilkan kuasa maksimum 190PS pada 3,600rpm dan tork tertinggi 450Nm pada 1,600-2,600rpm.

Kesimpulannya, populariti model Isuzu D-Max terutama varian X-Terrain kekal tinggi dan kini beralih kepada prospek pasaran yang lebih luas apabila berjaya menambat hati pelanggan wanita.

D-Max bukan sekadar trak pikap tetapi kini dengan nilai tambah eksklusif untuk pemanduan harian bersama keluarga.

Tahap keselamatan dan keselesaan mengagumkan serta ciri versatil yang ditampilkan pada model baharu ini membuatkan semakin ramai pengguna kereta sedan beralih kepada D-Max.

Info Spesifikasi Isuzu D-Max X-Terrain 2024
Enjin: 3.0 liter diesel turbo
Transmisi: Enam kelajuan automatik
Kuasa Maksimum: 190 PS / 3,600rpm
Tork tertinggi: 450 Nm / 1,600-2,600 rpm.
Harga: RM157,938.40 di Semenanjung Malaysia), RM159,830.70 di Sabah dan RM160,011.10 di Sarawak (kesemuanya harga saranan OTR tanpa insurans)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI