fbpx

Wanita maut kereta terbalik dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang terbalik di dalam longkang selepas terbabas di Jalan KJD Batu Wong, Bintangor pagi tadi.

BINTANGOR – Seorang wanita meninggal dunia selepas kereta dipandunya terbabas dan terbalik di dalam longkang di Jalan KJD Batu Wong di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi tadi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor ke lokasi yang terletak pada jarak 44 kilometer dari balai.

Katanya setiba di lokasi kejadian mendapati mangsa yang berusia 31 tahun tersepit di dalam kenderaan terbabit.

“Pasukan bomba bertindak menarik kenderaan yang dalam kedudukan terbalik dengan menggunakan ‘winch’ jentera bagi menstabilkan kedudukan kenderaan untuk kerja-kerja mengeluarkan mangsa.

“Seterusnya mangsa dikeluarkan melalui tingkap kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia oleh paramedik. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI