fbpx

Tugas sukar TFC cari bekalan selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TFC berharap aksi di laman sendiri mampu memberikan kelebihan untuk menewaskan Sabah malam ini. - TFC

TERENGGANU FC (TFC) menyedari tugas berat perlu dihadapi bagi mencari bekalan selesa apabila berhadapan Sabah FC pada aksi suku akhir pertama Piala FA di laman sendiri malam ini.

Pengendali TFC, Tomislav Steinbruckber juga rungsing anak buahnya tidak berada pada momentum terbaik setelah sekadar seri 1-1 sewaktu bertemu Kuching City FC pada saingan Liga Super, Sabtu lalu.

“Kita sedar Sabah sejak dua musim lalu merupakan antara skuad terbaik Liga Malaysia dengan dibarisi pemain berpengalaman serta bimbingan bekas ketua jurulatih kebangsaan (Datuk Ong Kim Swee).

“Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini pun Sabah sangat liat untuk dikalahkan. Memang tugas sukar untuk kami mencari bekalan selesa kali ini,” katanya.

Apa yang membuatkan Steinbruckber lebih pening apabila bahagian serangan TFC tanpa ayam tambatan, Ivan Mamut yang masih cedera dan penyudahnya belum tajam seperti diharapkan.

Sehubungan itu, jurulatih berusia 58 tahun berkenaan merangka strategi paling ampuh untuk menjinakkan Sabah menjelang aksi malam ini.

“Saya juga harap pemain-pemain dapat meningkatkan lagi prestasi agar membawa bekalan selesa ke aksi timbal balik minggu depan. Selain itu, tuah beraksi di gelanggang sendiri dengan rekod bersih kemenangan 100 peratus musim ini dapat menjadi tonik buat kami,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Steinbruckber sedikit lega apabila tonggak pertahanan, Azam Azmi Murad dan Matthew Steenvoorden sudah cergas sepenuhnya untuk kembali memperkuatkan skuad Sang Penyu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI