fbpx

Tiada duit beli beg stoma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Admira menunjukkan perut Ayden yang ditebuk untuk saluran sementara membuang najis ketika ditemui di Taman Sutera Wangi, Batu Berendam baru-baru ini.

MELAKA – Tidak dapat diba­yangkan penderitaan yang dialami oleh bayi berusia sembilan bulan apabila perutnya terpaksa ditebuk untuk dipasang beg stoma kerana tidak mempunyai saluran lubang dubur sejak lahir.

Muhammad Ayden Adrian Muhammad Idris terpaksa menjalani pembedahan menebuk saluran khas pada perut ki­rinya bagi membolehkan najis dibuang.

Ibunya, Nor Admira Mazlan, 18, berkata, anak sulungnya yang manja dengan panggilan Ayden itu terpaksa menjalani pembedahan menebuk saluran khas di bahagian perut ki­rinya bagi membolehkan najis dibuang.

Katanya, keadaan menjadi semakin mencabar apabila Ayden juga disahkan mengalami masalah jantung berlubang, sekali gus menyukarkan siri pembedahan yang perlu dilakukan untuk membuat saluran di dubur anaknya itu.

“Ayden hanya boleh diberikan susu formula untuk memastikan dia kenyang dan mendapat nutrisi secukupnya.

“Doktor maklumkan Ayden perlu dibedah bagi membuka saluran di duburnya pada Disember depan, tetapi ia hanya dapat dilakukan jika keadaan jantung­nya stabil atau lubang itu telah tertutup secara semula jadi,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Sutera Wangi Batu Berendam di sini.

Bagaimanapun, menurut suri rumah itu, dia kini bergelut untuk memastikan keselesaan anaknya kerana berdepan ­dengan masalah kewangan.

“Suami, Muhammad Idris ­Norazlan (19) hanya bekerja di kedai makan dengan bayaran gaji harian antara RM45 hingga RM50 sehari.

“Kos membeli lampin Ayden pula adalah sekitar RM300 sebulan. Sebenarnya Ayden perlu pakai beg stoma di perutnya tetapi harganya mahal, sekitar RM90 untuk dua minggu, jadi saya hanya gunakan lampin sahaja yang dipakaikan di bahagian perut bagi menadah najis tersebut,” ujarnya.

Kata Admira, dia juga bimbang dengan kos yang perlu ditanggung sekiranya pembedahan anaknya itu dapat dilaksanakan nanti.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan bantuan ke akaun bank CIMB 7614671117 atas nama bapa Nor Admira, Mazlan Misran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI